Culinary Lover

Memasak dari hati, memasak dengan iman.

SHEPHERD PIE DAGING


SHEPHERD PIE DAGING


BAHAN KENTANG PUTAR:
1 kg kentang
2 sb susu segar
1 sb mentega
Herba campuran - origano, rosemary (optional)

BAHAN INTI:
Daging cincang
Bawang besar Holland (dipotong dadu)
Sos tiram/pes ayam
Lada hitam (ditumbuk kasar)
Kicap manis
Cendawan butang - dipotong kecil
Garam

HIASAN:
Keju mozzarella (optional)

CARA MEMBUAT:

1. Kupas kentang, rebus sehingga empuk.
Kemudian toskan kentang yang direbus,lenyek dalam bekas sehingga hancur
2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit ke dalam kentang yang dilenyek tadi. Masukkan juga mentega serta herba campuran serta gaul sebati. Siap ketepikan seketika.
3. Panaskan kuali, tumis bawang besar sehingga layu kekuningan.
4. Masukkan sos tiram, lada hitam, kicap manis serta daging. Masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan pula cendawan masak seketika serta perasakan dengan garam. Siap.
6. Dalam loyang yang lain, lapiskan dengan kentang yang telah diadun tadi. Ratakan untuk jadikan 'base'.
7. Kemudian tuang inti daging yang sudah siap dimasak ke atas kentang yang diratakan dalam loyang tadi. Ratakan inti daging.
8. Kemudian tutup kembali inti daging dengan kentang adunan. Ratakan.
9. Taburkan keju mozzarella sebagai pengakhir lapisan sekiranya mahu atau boleh sahaja terus dibakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 10-15 minit. Sedia dihidang.

Nota:
Boleh juga kalau nak buat dalam pie cup kecil-kecil :-)


0 comments:

Post a Comment