Culinary Lover

Memasak dari hati, memasak dengan iman.

MASALAH KEMENJADIAN KEK





Kek Lembab Di Tengah

  • Mungkin suhu ketuhar tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.
  • Sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah dibiarkan terlalu lama di luar dan ia mencair.
  • Jika permukaan kek menjadi perang sedikit, tutup loyang dengan aluminium foil sehingga kek masak.
  • Pastikan guna api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang ketuhar. Jika tiada kipas pada ketuhar, memadai menggunakan api bawah sahaja pada suhu 190°C.

Kek Mendap Di Tengah

  • Suhu ketuhar terlampau tinggi.
  • Gula dan mentega dipukul tidak cukup gebu.
  • Kekurangan tepung atau telebih gula.
  • Masa membakar terlalu pendek.
  • Kedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang biasa hendaklah diletakkan di rak tengah ketuhar.
  • Berlebihan serbuk penaik .

Permukaan Kek Merekah

  • Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah dan hangus.
  • Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi.
  • Kandungan serbuk penaik terlalu banyak.
  • Sukatan tepung terlebih.
  • Masa membakar terlalu lama.

Kek Chiffon/Sponge  Penyek

  • Putih telur tidak dipukul dengan cukup kental dan kaku.
  • Kek chiffon hendaklan terus dibakar sebaik sahaja selesai dibuat kerana jika dibiarkan di luar ketuhar selama 5 minit pun kek akak turun selepas dibakar.
  • Bila telah masak terus terbalikkan loyang dan biarkan kek tertanggal sendiri.

Nota:

Tip-tip di atas adalah pandangan penulis berdasarkan pengalaman beliau membuat kek dan perkongsian daripada blog penulisan milik chef-chef terkemuka yang diikutinya.

Kredit: http://www.azlitamasammanis.com/


0 comments:

Post a Comment