Culinary Lover

Memasak dari hati, memasak dengan iman.

KUAH MI BANDUNG



KUAH MI BANDUNG 

BAHAN KISAR 

30 tangkai cili kering – dibuang biji, direbus 
3 labu bawang besar 
6 ulas bawang putih 
1 cwn udang geragau - dibasuh 


BAHAN-BAHAN 

Tulang dan daging - direbus 
4 biji kentang - potong bulat nipis, digoreng/direbus kemudian dikisar lumat 
(boleh juga menggunakan ubi keledek, rasa kuah akan jadi lebih manis) 
2 sudu besar sos tomato 
2 sudu besar sos tiram 
6 sudu besar sos cili 
2 kiub daging 
1 buku gula melaka (yang kecil) 
2 sudu besar kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk - jika suka 
Garam dan gula secukup rasa 
Bebola ikan Sotong/udang – jika mahu Tomato secukupnya - dibelah 4 
Telur 


CARA MEMBUAT: 

Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing. 
Masukkan kentang atau keledek yang telah dikisar, masak hingga sedikit garing. 
Masukkan daging dan air rebusan tulang masak hingga mendidih. Masukkan kiub daging, sos tomato, sos cili, sos tiram dan gula melaka. Masak hingga gula larut. 
Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa. Masukkan udang/sotong, bebola ikan dan masak hingga sedikit pekat. 
Akhir sekali masukkan sayur seperti lobak dan bunga kubis, jika mahu. 
Ketika hendak menghidang, panaskan kuah dan pecahkan telur dalam kuah (jangan kacau) hingga telur keras dan bolehlah dihidangkan bersama mi kuning dan sawi yang telah dicelur, daun sup, daun bawang, bawang goreng, tauhu yang telah digoreng, dan cili jeruk jika suka. 

Nota: Boleh juga masukkan tauhu dan kek ikan ke dalam kuah.

0 comments:

Post a Comment