TIP
MEMBUAT KEK
- Apabila sudah
mendapat resepi yang diinginkan, cuba semak dengan teliti bahan-bahan yang
diperlukan dan fahami kaedah cara membuatnya. Jika tidak faham, tanyalah
pada yang arif atau tuan empunya resepi.
- Sediakan
bahan-bahan yang diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan
sudu, mesin pemukul/pengadun, dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk
membuat kek.
- Pastikan semua
bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan
bersih.
- Bahan-bahan
kering seperti tepung, serbuk penaik (baking powder), sodium bikarbonat
(baking soda) dan garam hendaklah digaul rata dan diayak bersama terlebih
dahulu. Kek akan lebih gebu sekiranya kita menggunakan bahan yang telah
diayak.
- Masukkan tepung
sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dengan satu arah
pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia
akan menghasilkan kek yang mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung
sebati dengan adunan mentega.
- Ketika menunggu
adunan dibakar, terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan terlalu
sering menggaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat. Adunan
yang menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan diruangan yang jauh
dari suhu panas bagi mengelakkan adunan mencair.
- Jika
membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain
seperti pewarna dan buah-buahan kering, lakukan dengan hanya menggunakan
spatula dan dengan dikaup balik perlahan agar adunan tidak turun.
- Loyang perlulah
disapu dengan mentega terlebih dahulu atau alaskan dasar loyang dengan
kertas pembakar (baking paper).
- Untuk kek lapis
pula tidak perlu disapu mentega pada tepi loyang, cukup sekadar sapukan
pada dasar loyang dan alas dasar dengan kertas pembakar (baking paper)
juga. Ini untuk mengelakkan kek renggang dari loyang, mengecut dan ini
mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.
- Ketuhar
hendaklah dipanaskan 15 minit lebih awal sebelum kek dimasukkan ke dalam
ketuhar. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak
menyebabkan kek rosak.
- Jangan keluarkan
kek terus dari loyang sebaik sahaja selesai dibakar. Sebaiknya tunggu kek
benar-benar sejuk dan mantap barulah boleh dikeluarkan.
- Kek yang
dikukus pula, perlulah dipanaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup
kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek
dan merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek ditutup
permukaannya dengan kertas aluminium foil.
- Kek yang sedang
dibakar, pintu ketuhar tidak boleh dibuka pada 45 minit pertama proses
memasak. Begitu juga bagi kek yang dikukus, tutup kukusan tidak boleh
dibuka dalam tempoh tersebut. Ini untuk mengelakkan masalah kek bantat dan
tidak menjadi.
- Untuk menguji
kek telah masak, cucuk tengah kek dengan lidi secara menyerong dan jika ia
keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
- Untuk biskut
pula, sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat
bermakna biskut itu telah dibakar sempurna.
Nota:
Tip-tip di atas
adalah pandangan penulis berdasarkan pengalaman beliau membuat kek dan
perkongsian daripada blog penulisan milik chef-chef terkemuka yang diikutinya.
Kredit: http://www.azlitamasammanis.com/
0 comments:
Post a Comment