MOIST CHOCOLATE CAKE (STEAMED 1)
Kek Coklat Lembab (Kukus 1)
Kek Coklat Lembab (Kukus 1)
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
- 1 cawan serbuk koko
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 3/4 cawan susu pekat
Bahan B
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk penaik
Bahan C
- 1 sudu teh esen vanila
- 3 biji telur (suhu bilik)
CARA MEMBUAT:
- Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.
- Masukkan semua bahan A ke dalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan. Gunakan hand whisk untuk menghasilkan adunan yang sebati dan tidak berketul.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Masukkan telur yang telah dipukul dan esen vanila ke dalam adunan bahan A tadi sambil dikacau hingga sebati.
- Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat (bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
- Tuang adunan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Pastikan wap air tidak memasuki loyang adunan.
- Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. Pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu. Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa bagi mengelakkan kek bantat.
- Matikan api, angkat dan buka aluminium foil. Tunggu kek sejuk dahulu sebelum dihias dan dipotong.
0 comments:
Post a Comment