KEK COKLAT LEMBAB (kukus 2)
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan susu pekat
1 cawan air panas
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh ovalette
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan susu pekat
1 cawan air panas
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh ovalette
2 biji telur
CARA
MEMBUAT
- Ayak tepung
gandum bersama serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ketepikan.
- Putar telur
bersama gula dan ovalette sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan susu
pekat manis dan putar lagi.
- Akhir sekali
masukkan minyak masak dan putar lagi sehingga sebati.
- Masukkan adunan
yang telah diputar ke dalam tepung dan serbuk koko yang telah diayak.
Sebatikan dengan senduk atau hand whisk biasa.
- Masukkan air
panas sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pastikan tiada tepung yang
bergentel.
- Tuang adunan kek
ke dalam Loyang yang telah di alas dengan kertas minyak. Tutup permukaan
Loyang dengan aluminium foil dan kukus selama satu jam atau sehingga
masak.
0 comments:
Post a Comment