Kek Lembab Di Tengah
- Mungkin suhu ketuhar tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.
- Sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah dibiarkan terlalu lama di luar dan ia mencair.
- Jika permukaan kek menjadi perang sedikit, tutup loyang dengan aluminium foil sehingga kek masak.
- Pastikan guna api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang ketuhar. Jika tiada kipas pada ketuhar, memadai menggunakan api bawah sahaja pada suhu 190°C.
Kek Mendap Di Tengah
- Suhu ketuhar terlampau tinggi.
- Gula dan mentega dipukul tidak cukup gebu.
- Kekurangan tepung atau telebih gula.
- Masa membakar terlalu pendek.
- Kedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang biasa hendaklah diletakkan di rak tengah ketuhar.
- Berlebihan serbuk penaik .
Permukaan Kek Merekah
- Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah dan hangus.
- Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi.
- Kandungan serbuk penaik terlalu banyak.
- Sukatan tepung terlebih.
- Masa membakar terlalu lama.
Kek Chiffon/Sponge Penyek
- Putih telur tidak dipukul dengan cukup kental dan kaku.
- Kek chiffon hendaklan terus dibakar sebaik sahaja selesai dibuat kerana jika dibiarkan di luar ketuhar selama 5 minit pun kek akak turun selepas dibakar.
- Bila telah masak terus terbalikkan loyang dan biarkan kek tertanggal sendiri.
Nota:
Tip-tip di
atas adalah pandangan penulis berdasarkan pengalaman beliau membuat kek dan
perkongsian daripada blog penulisan milik chef-chef terkemuka yang diikutinya.
Kredit: http://www.azlitamasammanis.com/
0 comments:
Post a Comment