KEK
COKLAT LEMBAB
(versi kukus/bakar)
BAHAN-BAHAN:
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 gula kastor
1 sudu teh garam
2 biji telur Gred A
1/2 cawan minyak
2 sudu teh vanilla
1 cawan susu segar/cair
1 cawan air panas
CARA MEMBUAT:
1) Panaskan oven pada suhu 177'c, letakkan
kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan.
2) Campurkan gula + tepung + serbuk koko +
serbuk penaik + soda bikarbonat + garam didalam mangkuk, dan gunakan pemukul telur (egg whisk) untuk
mengadun kesemua bahan sehingga bercampur semuanya.
3) Dalam mixer, pukul telur sehingga pecah
kuningnya dan masukkan susu, minyak, dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan
sederhana selama 2 minit.
4) Masukkan bahan kering dan kacau sehingga
sebati, akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan kelihatan cair.
5) Tuangkan ke dalam loyang, bakar selama 40
minit - 50 minit, atau cucuk dengan pisau/cake tester sama ada masih melekat
atau tidak. Kalau melekat, bakar sekejap sehingga adunan sudah tidak melekat di
pisau.
6) Kek boleh juga dikukus. Kukus selama 1 jam
20 minit.
Nota:
Setiap oven/ketuhar lain-lain kepanaskannya.
Perlu sentiasa check walaupun resepi bagi masa tertentu atau permukaan kek
nampak masak.
0 comments:
Post a Comment