BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar mentega
- 1 cawan air
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
- Nozzle muncung bintang
- Piping bag
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
- Didihkan air, masukkan mentega, gula dan garam. Kacau sebati dengan api yang sederhana.
- Perlahankan api, masukkan tepung sedikit demi sedikit atau dengan cara mengayak supaya tepung tidak berketul. Kacau sehingga rata dan tutup api. (Nota: Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okay)
- Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanila dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.
- Masukkan adunan dalam piping bag.
- Buat bentuk stick atas kertas pembakar (Nota: kalau tak ada- boleh tabur tepung supaya tak melekat).
- Masukkan minyak dalam kuali, goreng dengan cara deep fry. Pastikan api perlahan supaya tak hangus. Bila dah warna kekuningan terus angkat.
- Salutkan churros dengan gula halus dan sedia untuk dihidang! Boleh juga dimakan dengan sos kastad atau sos coklat.
0 comments:
Post a Comment