Bahan-bahan:
650 ml air
¾ cawan gula
1 sudu besar susu pekat
1 tin susu cair (400 ml) *
¾ cawan Vico
1 bungkus oreo dipatahkan dua
1 biji telur *
3 keping roti @ 5 keping biskut
kraker (elok rendamkan sekejap dalam adunan susu cair sebelum dikisar bersama
susu cair dan telur
Cara membuat:
1. Masuk serbuk agar-agar dalam
air dan masak sehingga larut.
2. Kemudian masukkan gula dan
masak hingga larut.
3. Masukkan adunan susu cair yang
dikisar tadi, kacau sebati dan elakkan daripada berketul, masak hingga
mendidih.
4. Bahagikan adunan kepada 2
bahagian (A & B – lebihkan bahagian B). 1 bahagian dibiarkan kosong (A), 1
bahagian dicampurkan Vico (B).
5. Bahagikan pula 1 bahagian Vico
(B) tadi kepada 2 bahagian (B1 & B2). Masukkan 1 bahagian Vico (B1) ke
dalam acuan.(p/s: jagan dimasukkan ke dalam peti sejuk! sejukkan bawah kipas @
rendam loyang dalam bekas berisi air)
6. Apabila mengeras sedikit,
tuangkan adunan putih tadi (A) ke atasnya. Kemudian susun biskut oreo dan tekan
sedikit biar tenggelam ke dalam adunan A.
7. Sejukkan sebentar sehingga
mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki vico tadi (B2).
Sejukkan sekejap dengan suhu
bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan hidangkan.
0 comments:
Post a Comment