PUDING ROTI SOS KASTAD
(versi kukus/bakar)
BAHAN-BAHANNYA:
- 4 keping roti putih
- 1 tin susu cair
- 5 sudu besar gula pasir
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Sedikit kismis
- Sedikit marjerin untuk disapu pada roti
CARA MEMBUAT:
1) Sapukan marjerin pada permukaan roti putih.
Potong roti putih kecil-kecil dan susun di dalam permukaan loyang.
2) Satukan gula pasir, esen vanilla dan telur.
Kacau sehingga gula hancur.
3) Kemudian, tuangkan susu ke dalam adunan
tadi. Setelah selesai, curahkan adunan tadi ke atas roti yang telah disusun di
dalam loyang.
4) Taburkan kismis dan kukus selama 20-25
minit. Kemudian, sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk sebentar. (boleh juga dibakar sehingga kering dan kekuningan)
BAHAN-BAHAN SOS KASTAD:
- 3 sudu besar tepung kastard
- 8 sudu besar gula pasir
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 450ml full cream milk
- Secubit garam
CARA MEMBUAT:
1) Satukan kesemua bahan di atas. Kacau
sehingga gula hancur dan tepung tidak berketul.
2) Masak di atas api yang perlahan hingga
bahan-bahan sos menjadi pekat. Kacau secara berterusan agar tidak berketul.
3) Setelah sos menjadi pekat, sejukkan.. Kacau
sekali sekala agar sos tidak berketul.
4) Sejukkan. Simpan di dalam peti sejuk
seketika.
0 comments:
Post a Comment